|
|
 |
 |
Oct 25, 2004
Maksiat Dan Cara-Cara Meninggalkan nya
Maksiat Dan Cara-Cara Meninggalkan nya
################################################################ "Sampaikan dariku walau pun satu ayat" - (Bukhari dan Tarmizi) ################################################################
Assalamualaikum WarahmatuLlahi Wabarakatuh. Segala pujian bagi Allah S.W.T., selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W., keluarganya, para sahabat serta tabiin sekalian.
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
Meninggalkan maksiat adalah lebih berat daripada mengerjakan taat (yang diperintah oleh Allah dan Rasul Nya), kerana mengerjakan taat senang dibuat oleh setiap orang tetapi meninggalkan syahwat (maksiat)hanya dapat dilaksanakan oleh para siddiqin (orang-orang yang benar.
Rasulullah S.A.W. bersabda : "Orang yang berhijrah dengan sebenarnya ialah orang yang berhijrah dari kejahatan. Dan mujahid yang sebenarnya ialah orang yang memerangi hawa nafsunya."
Apabila sesaorang melakukan sesuatu maksiat, maka sebenarnya ia melakukan maksiat itu dengan menggunakan anggota badan nya, bermakna ianya telah menyalahgunakan nikmat anggota yang dianugerahkan dan mengkhianati terhadap amanah yang telah diberikan kepada nya.
Rasulullah S.A.W. bersabda : "Maka kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan ditanyai akan kepimpinannya". Riwayat Bukhairi dan Muslim dari Ibnu Umar R.A.
Semua anggota akan menjadi saksi diatas segala perbuatan di Padang Mahsyar.
Firman Allah S.W.T : "Dihari itu (Kiamat) akan bersaksilah keatas kamu oleh segala lidah mu, tangan mu dan kakimu dengan segala sesuatu yang telah kamu perbuat (di Dunia dahulu)." - Surah An Nur : Ayat 24.
"Pada hari ini (Kiamat) Kami akan kunci mulut-mulut mereka dan akan bercakap kepada Kami tangan-tangan mereka dan bersaksi dihadapan Kami kaki-kaki mereka terhadap apa-apa yang mereka telah lakukan (di Dunia dahulu)." Surah Yassin : ayat 65.
1)Menjaga Mata Peliharalah mata daripada perkara-perkara seperti melihat perempuan yang bukan mahram, melihat gambar-gambar lucah, melihat orang lain dengan pandangan penghinaan dan melihat keaiban orang lain.
2)Menjaga Telinga Menjaga telinga daripada mendengar perkara bida'ah, perkataan-perkataan yang jahat, perkataan yang sia-sia atau menyebut keaiban / kejahatan orang lain.
Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesungguhnya orang yang mendengar (seseorang yang mengumpat orang lain) adalah bersekutu (didalam dosa)dengan orang yang berkata itu. Dan dia juga dikira salah seorang daripada dua orang yang mengumpat."
3)Menjaga lidah Lidah adalah anggota yang paling berkesan keatas diri sendiri dan juga terhadap orang lain. Berapa ramai nanti manusia yang akan dihumban kedalam api neraka dengan sebab jenayah lidah mereka.
Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesungguhnya sesaorang itu terkadang bercakap dengan satu percakapan dengan tujuan supaya orang lain menjadi tertawa dari sebab percakapannya itu. Dia tidak menyangka bahawa perkataan nya itu akan menyebabkan dirinya dihumbankan kedalam api neraka selama tujuh puluh tahun." - Riwayat At Tirmizi daripada Abu Hurairah R.A.
Jagalah lidah mu dari perkara-perkara seperti bercakap bohong, mungkir janji, mengumpat, bertengkar / berdebat / membantah perkataan orang lain, memuji diri sendiri, melaknat makhluk Allah, mendoakan celaka bagi orang lain dan bergurau / memperolok atau mengejek orang lain.
4)Menjaga perut Memelihara perut daripada memakan makanan yang haram atau yang syubahat ATAU berlebihan dalam memakan yang halal.
5)Menjaga Kemaluan Menjaga kemaluan daripada apa-apa yang diharam kan oleh Allah S.W.T.
Firman Allah S.W.T. :"Dan mereka yang selalu menjaga kemaluan mereka, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau apa-apa yang mereka miliki (daripada hamba jariah) maka mereka tidak tercela." Surah Al Mukminun : Ayat 5-6.
6)Menjaga Dua Tangan Menjaga kedua tangan daripada memukul seseorang muslim dan daripada mencapai sesuatu yang diharamkan atau menyakiti sebarang makhluk Allah atau menulis sesuatu yang diharamkan atau menyakiti perasaan orang lain.
7)Menjaga Dua Kaki Memelihara kedua kaki dari berjalan ketempat yang diharamkan atau berjalan menuju kepada pemerintah yang zalim tanpa ada darurat atau paksaan kerana dianggap menghormati diatas kezaliman mereka, sedangkan Allah menyuruh kita berpaling daripada orang yang zalim.
Firman Allah S.W.T. : "Dan jangan kamu cenderung hati kepada orang yang zalim, nanti kamu akan disentuh oleh api neraka." - Surah Hud : ayat 113.
Kesimpulannya : Apabila kamu menggunakan anggota tubuh kamu bagi tujuan yang lain daripada yang dimaksudkan oleh Allah S.W.T. bermakna kamu tidak bersyukur(kufur)terhadap nikmat yang diberikan Nya kepada kamu.
Sabda Rasulullah S.A.W. : "Orang yang cerdik ialah orang yang selalu memperhitungkan dirinya dan ia suka beramal untuk bekalan sesudah mati, sedangkan orang yang Ahmaq (bodoh)ialah orang yang selalu mengikut hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah S.W.T. (berangan untuk mendapatkan kebaikan diakhirat dan pengampunan tetapi ia tidak mahu beramal atau bertaubat). - Riwayat At Tirmizi.
Petikan dari Bidayatul Hidayah (Imam Al Ghazali) - Jazakumullahu khairan
Sesungguhnya yang baik itu daripada Allah dan sebarang salah dan khilaf, disengaja atau tidak adalah daripada saya sendiri... Mudah-mudahan ianya dapat dijadikan panduan dalam mendapatkan keredhaan Allah S.W.T. WabiLlahi Taufik Wal Hidayah, Wassalamualaikum WarahmatuLlahi Wabarakatuh.. - - "Aku tinggalkan dikalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada kedua nya, iaitu kitab Allah dan Sunnah Rasulullah S.A.W." - (Imam Malik)
Posted at 08:48 am by lincute
Permalink
Oct 24, 2004
Manusia Hari Ini Suka Berprasangka
Manusia Hari Ini Suka Berprasangka
Ada sangkaan baik...
Ada sangkaan buruk...
Orang beribadah disangka riak
Orang relaks disangka malas
Orang berbaju baru disangka menunjuk
Orang berbaju buruk disangka Zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sedikit disangka diet
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka memakai susuk
Orang tampak ceria disangka ada membela...
Orang belum kawin disangka dah kawin...
Orang dah kawin disangka belum kawin...
Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah swt,
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah,
Mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa,
Mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya,
Mana tahu yang ceria itu kerana cergas dan cerdasnya,
Jauhi sikap suka bersangka-sangka
kerana ia bakal memusnahkan ukhwah
seperti musnahnya kayu dimakan api...
satu benda yang kita lihat,
macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat
semuanya bergantung bagaimana kita mentafsirkannya.
Posted at 08:01 pm by lincute
Permalink
Ada seorang manusia yang bertemu dengan setan di
waktu subuh. Entah bagaimana awalnya, akhirnya
mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan.
Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak
mengerjakan solat, maka setan pun sambil
tersenyum bergumam, "Orang ini memang pantas
menjadi sahabatku..!"
Begitu juga ketika waktu zohor orang ini tidak
mengerjakan solat, setan tersenyum lebar sambil
berkata dalam hati,
" Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat
nanti..!"
Ketika waktu asar hampir habis tetapi temannya itu
dilihatnya masih juga asyik dengan kegiatannya,
setan mulai terdiam......
Kemudian ketika datang waktunya maghrib, temannya
itu ternyata tidak solat juga, maka setan nampak
mulai gelisah, senyumnya sudah berubah menjadi
kecut. Dari wajahnya nampak bahwa ia seolah-olah
sedang mengingat-ngingat sesuatu.
Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu
tidak juga mengerjakan solat Isya, maka setan itu
sangat panik.
Ia rupanya tidakbisa menahan diri lagi,
dihampirinya sahabatnya yang manusia itu sambil
berkata dengan penuh ketakutan,
"Wahai sahabat, aku terpaksa
memutuskanpersahabatan kita !"
Dengan kehairanan manusia ini bertanya,
"Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi
pagi kita berjanji akan menjadi sahabat ?".
"Aku takut !", jawab setan dengan suara gementar.
"Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali
membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika
menolak disuruh sujud pada Adam, telah dilaknat-
Nya; apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan
telah lima kali membangkang untuk bersujud pada-
Nya. Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya
murka Allah kepadamu !", kata setan sambil pergi.
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu
dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan
barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka
sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang
besar."
(Surah Al-Ahzab:71)
Posted at 07:55 pm by lincute
Permalink
Lawak1
Satu pagi di stesen ketapi, ada satu makcik tu dia tanya petugas kaunter...
Makcik : Anak, keretapi sampai jam berapa??
Petugas kaunter : Jam 2 Kedah, jam 5 Kelantan, jam 1 Penang, jam 7 Gemas.
Makcik nak pergi mana??
Makcik : Makcik nak melintas aja.
Lawak 2
Bangla dan rakannya sedang berbual
Bangla : Esok saya nak balik bangladesh, isteri saya mengandung 3 bulan.
Rakan : Wah mesti awak gembira
Bangla : Sudah tentu, sudah 3 tahun saya tak balik!
Rakan : ?????
Lawak 3
Di sekolah tabika.
Cikgu : Amri, awak ada berapa beradik?
Amri : Tiga, cikgu
Cikgu : Awak yg paling tua?
Amri : Tak. Atuk saya....
Lawak 4
Cerita pak pandir....
suatu hari pak pandir sedang berjalan pulang ke rumahnya dari kedai
kopi.
Sedang dalam perjalanan itu dia telah ternampak sesuatu.
Pak pandir : eh.. pe menda le ni.. cam taik la...
Lalu pak pandir pun mencolek sedikit benda tersebut dan mencium lalu
merasanya menggunakan lidahnya....
Pak pandir : eee.... memang taik lah.. nasib baik aku tak
pijak.....!!!!!!!!
Lawak 5
Sorang nurse di hospital sakit jiwa nampak sorang pesakit sedang tulis surat.
Nurse : Ko tulis surat kt sapa?
Gila : Aku tulis surat untuk diri aku sendiri"
Nurse : Jadi.. apa yang ko tulis?
Gila : Mana aku tau? Esok pagi bila posmen hantar, baru la aku boleh baca.
Lawak 6
Ada seorang pemuda ke kedai mamak dia hanya ada 70 sen semasa itu.
Pemuda : Mamak berapa harga teh panas deengan sejuk?
Mamak : Panas 70 sen sejuk RM1.20.
Pemuda : Bagi teh panas 1.
Sampai je teh tersebut pemuda itu terus minum.
Mamak : Kenapa awak minum cepat sangat?
Pemuda : Kalau saya tunggu lama2 nanti sejuk tak fasal2 saya kena bayar RM1.20.
Posted at 05:36 am by lincute
Permalink
Oct 19, 2004
MINTAK TOLONG SEMUA KAWAN-KAWAN BACA NI SAMPAI HABIS
Kes macam ni bukan kes baru. Memang betul cakap Cina tu! daging ayam dan lembu tak cukup lemak untuk membentuk apa-apa shape. Jika sebarang proses tidak menggunakan lemak babi, ia senang pecah. Berdasarkan pengalaman saya dalam industri memproses makanan, boleh dikatakan semua product dari oversea yg bertanda halal sebenarnya tidak halal.
Bagi mereka haram itu pork iaitu daging babi manakala pork product yg lain saperti lard (minyak babi),pork fat(lemak babi), ham (ini asal nama hamburger) dan bacon (hirisan nipis daging babi yg biasa serve during breakfast), pork instestine(perut babi) dll tidak apa bagi Muslim.
Saya pernah bekerja di Shangri-laHotelKL, di situ terdapat satu BUTCHER Dept....
1. Semua jenis sausage menggunakan pork casing. Pork casing adalah saluran usus yg digunakan sebagai kulit sausage. Semua ingredients untuk sausage diblend bersama pork fat untuk membuat sausage itu firm dan tak mudah break. Jadi kalau sausage itu Chicken or beef still contain pork.
2. Pork fat juga digunakan dalam proses membuat turkey roll,chicken roll, meatloft, pastrami dan salami. Benda ni semua boleh didapati di supermarket dan digunakan secara meluas sebagai toping PIZZA
3. Bagi sesiapa yg suka makan buffet.. cold cuts yg disusun lawa-lawa pada buffet table seperti Terrine dan Pate pun ada lemak babi. Menyentuh sedikit aktiviti kaum Cina , saya ada satu kisah yang menarik untuk diceritakan .
Salah seorang kawan telah menceritakan kepada saya ini,Bapanya adalah seorang pekerja TNB bahagian pembaik pulih bekalan elektrik.Pada satu hari bapanya bertugas membetulkan bekalan elektirk di kawasan Jenjarum Banting. Semasa pekerja-pekerja lain sedang melakukan kerja-kerja pembaikan pulih bekalan beliau telah merayau-rayau dikawasan sekitar.
Setiap pekerja pembaiki pulih bekalan TNB mempunyai kebenaran memasuki kawasan yang melibatkan penggunaan elektrik, jadi secara tidak sengaja beliau telah memasuki sebuah kilang memproses makanan, dilihatnya daging-daging ayam berlongok-longok. Kemudian daging-daging babi berlongok-longok disebelahan.Rupa-rupanya kilang tersebut membuat burger dan daging- daging ayam dan babi tersebut dicampur dan di gaul bersama kemudian dijadikan burger.
Beliau telah bertanya kepada tokeh tersebut mengapa dicampurkan daging babi dengan daging ayam! Tokeh tersebut berkata kalau tak campur burger yang hendak dibuat susah untuk melekat dan dibentuk.
Dengan mencampurkan daging ayam dan babi burger mudah dibentuk. Katanya lagi, burger ini tidak dijual terus kepada orang Melayu. Tapi jika mana-mana supplier yang tak cukup stok akan ambil burger daripada kilang tersebut.
Lu ingat itu supplier cukup ka untuk supply satu Malaysia(Tak tahu supplier mana yang ambil dari dia). Tokeh tersebut siap kata "SIAPA KATA MELAYU TAK MAKAN BABI", menyirap darah bapanya.
Balik tu dia buat aduan di JAIS. Bila JAIS buat serbuan tak ada apa-apa yang jumpa,kilang tersebut pun tak ade. Mungkin dah pindah bila menyedari ada orang melayu dah tahu aktiviti beliau.
P/S Siapa yang suka makan burger tu berhati-hatilah mungkin ada yang bercampur dengan daging babi.
Patut lah bila kes JE timbul rupanya berjuta-juta babi ada kat Malaysia. Purata satu hari babi dikeluarkan dari ladang ternakan beratus ribu.Yang peliknya takan beratus ribu babi ini dilantak oleh orang Cina saja. Mungkin sebahagian darinya dibuat bahan makanan yang lain, lepas tu bagi orang Melayu makan. Yang peliknya lagi kebanyakan yang jual burger tu orang Melayu. *frwdkan.. kepada rakan dan saudara seagama anda.
[Wan Azeli bin Mohd Akhir @ PNSB]
Posted at 08:27 pm by lincute
Permalink
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
|